Friday, March 15, 2019

Latar Belakang Syarikat

Tesla Traveller Sdn Bhd (TTSB)

Tesla Traveller Sdn Bhd (TTSB) dengan nombor pendaftaran lesen (0000-M(KPL/LN:0000) adalah syarikat yang berstatus bumiputra dan berdaftar di bawah kementerian kewangan dan kementerian pelancongan telah ditubuhkan pada 20 Februari 2019.


Objektif

Objektif penubuhan syarikat Tesla Traveller Sdn Bhd (TTSB) adalah untuk meningkatkan dan mengembangkan perniagaan dalam bidang pelancongan di samping memberikan mutu perkhidmatan yang terbaik dan memuaskan kepada para pelanggan dengan menawarkan pakej mengikut kemampuan setiap pelanggan.


Misi

Misi kami adalah untuk menyediakan pakej pelancongan yang selesa, selamat, serta makanan halal pada harga yang paling kompetitif serta mengutamakan kepuasan pelanggan.


Visi

Menjadi agen pelancongan terbaik di Pulau Pinang yang menawarkan pelbagai pakej pelancongan mengikut kemampuan setiap pelanggan.


E-Mail:

teslatraveller@gmail.com



Laman Web/Blogspot:

https://teslatraveller.blogspot.com

Tempat Makan Yang Menarik

Restoran Sup Hameed


Jika anda ingin mencari sup yang digemari ramai, mungkin anda boleh singgah makan di Restoran Sup Hameed. Gelaran ‘best soup in town ‘ antara gelaran yang diberikan kepada mereka. Untuk mencarinya pula tidak susah, terletak di Jalan Penang berdekatan Sekolah Convent. Alamat tepat 48, Jalan Penang, George Town, Pulau Pinang. Sudah semestinya menu sup adalah disyorkan.

Iliyana Cafe Teluk Kumbar  


Untuk mereka yang mencari sedikit kelainan, kedai makanan ini bolehlah anda terjah. Pelbagai masakan boleh anda pesan seperti ikan bakar dan menu-menu unik. Antara tempat makan yang kurang diketahui orang. Antara cadangan untuk makan di sini adalah Mee Udangnya, Ketam Masak Cabai, Kari Kepala Ikan

Astaka Padang Brown



Astaka ini pula untuk mereka yang mencari tempat makan keluarga pada waktu malam. Jika anda ke sini, antara menu yang boleh dicuba adalah supnya. Wah, sedap! Terletak di Jalan Anson & Jalan Perak, George Town, Pulau Pinang 10450. Selain itu, anda bolehlah makna secara berjemaah celop-celopnya.

Restoran Kapitan (Chulia Street)



Restoran ini menyediakan Nasi Beriani Claypot dimana dihidangkan bersama ayam bakar berempah, kuah dalca dan tairu yang menjadi pilihan utama para pengunjung yang bertandang ke Pulau Pinang.  Selain itu, terdapat juga menu lain seperti roti canai, roti nan dan sebagainya. 

Restoran Hameediyah


Restoran ini menyediakan hidangan yang popular iaitu Nasi Kandar dengan resipi-resipi kari dan ramuan rempahya yang tersendiri.

Koo Boo Cafe

Restoran ini pula menyediakan hidangan yang unik iaitu Nasi 7 Benua. Ia terdiri daripada nasi putih, nasi lamuni, nasi lemak pandan, nasi kacang, nasi tomato, nasi hujan panas & juga nasi minyak yang membuatkan hidangan ini menjadi unik dengan gabungan warna-warna nasi. Hidangan ini juga termasuk dengan lauk-pauk pilihan anda seperti ayam panggang, ayam masak merah, kari, sayur & sebagainya.

Sungai Dua Char Koew Teow


Restoran ini menyediakan menu utama adalah seperti Nama restoran tersebut iaitu Char koew Teow. Kebiasannya sangat ramai pengunjung yang datang kesini sehingga beratur panjang untuk menikmati menu tersebut.

Deen's Maju Nasi Kandar


Restoran ini menyediakan menu Nasi kandar dengan lauk-lauk kari yang menyelerakan seperti kari ayam, sotong, kepala ikan dan sebagainya. Bukan itu saja, ayam goreng disini juga popular kerana rempahannya yang sedap kerana digaul dengan 15 rempah sebelum diperap selama 8 jam.

Idrus ikan Bakar


Restoran ini menyediakan menu ikan bakar yang sangat popular. Terdapat juga pelbagai ikan bakar dan makanan yang disediakan dan tidak akan mengecewakan tetamu yang menikmati menu-menu ini.

Tempat Menarik Pulau Pinang

Street Art Penang


Street Art Penang merupakan salah satu tempat wajib anda pergi jika melawat ke Pulau Pinang. Mempunyai keunikan dinding-dinding bangunan yang menarik dihiasi dengan yang lukisan-lukisan lama yang terletak di Georgetown. Antaranya ialah :- 


Wonderfood Museum

Muzium ini terletak di Georgetown. Muzium ini mempamerkan replika-replika hidangan makanan pelbagai budaya yang ada di Malaysia. Bukan itu saja, replika-replika makanan ini juga menceritakan sejarah makanan tersebut dan ada yang dibina lagi besar dari hidangan yang asal untuk menjadikannya sebagai keunikan yang menarik. 







Komtar Tower
Terletak di Georgetown. Komtar tower adalah salah satu bangunan yang mempunyai pasararaya untuk membeli belah dan mempunyai aktiviti yang menarik dikenali 'The Gravity'  untuk melihat keseluruhan Pulau Pinang. Antaranya ialah : -  
Confidence Path

High Bench

A Great Bridge

X-Point

Z-wire

G-Rocky


Escaped Park

ESCAPE Penang adalah taman tema yang dipenuhi dengan aktiviti-aktiviti yang mencabar yang dianjurkan dalam suasana persekitaran semula jadi yang terletak di Teluk Bahang. Aktiviti yang di anjurkan adalah :-

Monkey Business

Atan’s Lean

Gecko Tower

Go Ape

Flying Fox
Water Fun
Habitat Penang Hill

Habitat Penang Hill menyediakan pengalaman hutan hujan tropika yang paling tulen, pelbagai dan pendidikan di Malaysia. Sambung semula dengan alam semula jadi dalam bentuk yang paling tulen ketika anda membenamkan diri di hutan hujan 130 juta tahun dahulu. Bermula di tingkat hutan, Naturalists kami akan membawa anda dalam perjalanan di sepanjang Trail Alam kami untuk meneroka pelbagai jenis flora dan fauna - tumbuhan, pokok, serangga, burung, reptilia, dan mamalia yang memanggil rumah Habitat. Terokai keanekaragaman hayati kanopi hutan di Jalan Kanopi Langur Way 230m kami. Lawati Curtis Crest Tree Top Walk di puncak Bukit Penang, dan merangkul pemandangan panorama 360 darjah Pulau Pinang dari titik tontonan tertinggi Pulau Pinang.




Bukit Bendera


Penang Hill terletak di pinggir bandar Air Itam, 9 km barat dari pusat bandar George Town. Penang Hill juga dikenali sebagai Bukit Bendera. Disini juga kita dapat melihat keindahan Pulau Pinang.





Muzium Perang Penang


Dibina pada tahun 1930an, kubu ini kemudiannya ditukar menjadi penjara dan kem menyeksa askar Melayu, Sikh dan British yang ditawan oleh tentera Jepun. Oleh kerana orang tempatan tidak berani menjejakkan kaki ke sini, ia akhirnya terbiar dan diselubungi hutan selama lebih 50 tahun.




3D Penang Trick Art Museum 


Seni Trick 3D adalah teknik yang mengubah lukisan 2 dimensi menjadi imej 3 dimensi. Dengan lukisan 2D di dinding, lantai dan siling kelihatan muncul di permukaan dan hidup. Muzium Seni Trick 3D Pulau Pinang mempunyai kira-kira 40 karya seni termasuk lukisan dan patung ilusi optik yang dihasilkan di dalam negara. Inilah yang membuat muzium ini unik. Muzium Seni Trick 3D adalah muzium interaktif dengan konsep yang merangsang kreativiti dan imaginasi anda. Terdapat dua tema dalam pameran muzium iaitu All about Penang Life dan Modern Classic. Tema-tema ini menggambarkan kehidupan harian orang-orang Pulau Pinang dan membawakan kisah-kisah yang ada dalam warisan itu kepada kehidupan.