Latar Belakang Tesla Traveller Sdn Bhd (TTSB)
Tesla Traveller Sdn Bhd (TTSB) dengan nombor pendaftaran lesen (0000-M(KPL/LN:0000) adalah syarikat yang berstatus bumiputra dan berdaftar di bawah kementerian kewangan dan kementerian pelancongan telah ditubuhkan pada 20 Februari 2019.
Objektif
Objektif penubuhan syarikat Tesla Traveller Sdn Bhd (TTSB) adalah untuk meningkatkan dan mengembangkan perniagaan dalam bidang pelancongan di samping memberikan mutu perkhidmatan yang terbaik dan memuaskan kepada para pelanggan dengan menawarkan pakej mengikut kemampuan setiap pelanggan.
Misi
Misi kami adalah untuk menyediakan pakej pelancongan yang selesa, selamat, serta makanan halal pada harga yang paling kompetitif serta mengutamakan kepuasan pelanggan.
Visi
Menjadi agen pelancongan terbaik di Pulau Pinang yang menawarkan pelbagai pakej pelancongan mengikut kemampuan setiap pelanggan.
E-Mail:
teslatraveller@gmail.com
Laman Web/Blogspot:
https://teslatraveller.blogspot.com
No comments:
Post a Comment