Restoran Sup Hameed
Jika anda ingin mencari sup yang digemari ramai, mungkin anda boleh singgah makan di Restoran Sup Hameed. Gelaran ‘best soup in town ‘ antara gelaran yang diberikan kepada mereka. Untuk mencarinya pula tidak susah, terletak di Jalan Penang berdekatan Sekolah Convent. Alamat tepat 48, Jalan Penang, George Town, Pulau Pinang. Sudah semestinya menu sup adalah disyorkan.
Iliyana Cafe Teluk Kumbar
Untuk mereka yang mencari sedikit kelainan, kedai makanan ini bolehlah anda terjah. Pelbagai masakan boleh anda pesan seperti ikan bakar dan menu-menu unik. Antara tempat makan yang kurang diketahui orang. Antara cadangan untuk makan di sini adalah Mee Udangnya, Ketam Masak Cabai, Kari Kepala Ikan
Astaka Padang Brown
Astaka ini pula untuk mereka yang mencari tempat makan keluarga pada waktu malam. Jika anda ke sini, antara menu yang boleh dicuba adalah supnya. Wah, sedap! Terletak di Jalan Anson & Jalan Perak, George Town, Pulau Pinang 10450. Selain itu, anda bolehlah makna secara berjemaah celop-celopnya.
Restoran Kapitan (Chulia Street)
Restoran ini menyediakan Nasi Beriani Claypot dimana dihidangkan bersama ayam bakar berempah, kuah dalca dan tairu yang menjadi pilihan utama para pengunjung yang bertandang ke Pulau Pinang. Selain itu, terdapat juga menu lain seperti roti canai, roti nan dan sebagainya.
Restoran Hameediyah
Restoran ini menyediakan hidangan yang popular iaitu Nasi Kandar dengan resipi-resipi kari dan ramuan rempahya yang tersendiri.
Koo Boo Cafe
Restoran ini pula menyediakan hidangan yang unik iaitu Nasi 7 Benua. Ia terdiri daripada nasi putih, nasi lamuni, nasi lemak pandan, nasi kacang, nasi tomato, nasi hujan panas & juga nasi minyak yang membuatkan hidangan ini menjadi unik dengan gabungan warna-warna nasi. Hidangan ini juga termasuk dengan lauk-pauk pilihan anda seperti ayam panggang, ayam masak merah, kari, sayur & sebagainya.
Sungai Dua Char Koew Teow
Restoran ini menyediakan menu utama adalah seperti Nama restoran tersebut iaitu Char koew Teow. Kebiasannya sangat ramai pengunjung yang datang kesini sehingga beratur panjang untuk menikmati menu tersebut.
Deen's Maju Nasi Kandar
Restoran ini menyediakan menu Nasi kandar dengan lauk-lauk kari yang menyelerakan seperti kari ayam, sotong, kepala ikan dan sebagainya. Bukan itu saja, ayam goreng disini juga popular kerana rempahannya yang sedap kerana digaul dengan 15 rempah sebelum diperap selama 8 jam.
Idrus ikan Bakar
Restoran ini menyediakan menu ikan bakar yang sangat popular. Terdapat juga pelbagai ikan bakar dan makanan yang disediakan dan tidak akan mengecewakan tetamu yang menikmati menu-menu ini.




No comments:
Post a Comment